Notis Privasi TambahTolak

1. Pengenalan

TambahTolak ("kami", "kita", atau "aplikasi") dimiliki dan dikendalikan oleh Go Far Solutions (No. Pendaftaran SSM: 202603226157 / KT0620076-A). Notis Privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, menyimpan dan melindungi data peribadi anda apabila anda menggunakan aplikasi mudah alih TambahTolak dan laman web ini, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia dan pindaan-pindaannya.

Dengan mendaftar dan menggunakan TambahTolak, anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan data peribadi anda seperti yang diterangkan dalam notis ini.

2. Data yang Kami Kumpul

Kami mengumpul jenis data berikut apabila anda menggunakan TambahTolak:

a) Data Akaun Pengguna

b) Data Perniagaan yang Anda Masukkan

c) Data Suara (Ciri Kemasukan Suara AI)

Apabila anda menggunakan ciri Kemasukan Suara, rakaman audio anda dihantar ke perkhidmatan AI Google Gemini untuk diproses dan ditukar kepada butiran transaksi (jumlah, jenis, catatan). Rakaman audio ini tidak disimpan secara kekal oleh kami selepas pemprosesan selesai. Rakaman melalui pelayan kami dalam perjalanan ke Google, dan Google memprosesnya mengikut terma Gemini API Google. Hanya hasil transaksi yang diekstrak (teks/angka) yang disimpan dalam pangkalan data anda.

d) Data Teknikal

3. Tujuan Pengumpulan Data

Kami menggunakan data yang dikumpul untuk:

4. Perkongsian Data dengan Pihak Ketiga

Kami tidak menjual data peribadi anda. Data anda hanya dikongsi dengan pembekal perkhidmatan berikut, semata-mata untuk menjalankan fungsi aplikasi:

Semua pembekal ini terikat dengan piawaian perlindungan data mereka sendiri dan hanya menerima data yang perlu untuk menjalankan fungsi masing-masing.

Pemindahan ke luar Malaysia

Pangkalan data akaun anda disimpan pada pelayan Google Cloud di Singapura. Pembacaan penyata bank dan sebahagian perkhidmatan Google yang kami gunakan (termasuk Gemini dan Firebase Authentication) boleh diproses di pusat data Google di luar Malaysia, termasuk Amerika Syarikat. Dengan menggunakan TambahTolak, anda bersetuju dengan pemindahan ini, yang dibuat kepada pembekal yang menerapkan perlindungan data yang munasabah.

5. Keselamatan Data

Langkah keselamatan tambahan termasuk:

6. Tempoh Penyimpanan Data

Kami menyimpan data anda selagi akaun anda aktif dan diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda.

Anda boleh memadam akaun anda sendiri pada bila-bila masa dalam aplikasi: Tetapan → Padam akaun saya. Pemadaman ini memadam kekal transaksi, pelanggan, peringatan, gambar profil dan akaun log masuk anda daripada sistem kami. Selepas pemadaman, kami hanya menyimpan:

7. Hak Anda Terhadap Data Peribadi

Di bawah PDPA, anda berhak untuk:

Untuk menggunakan hak-hak ini, sila hubungi kami melalui butiran di bahagian 12 di bawah.

8. Pemberitahuan Pelanggaran Data

Sekiranya berlaku pelanggaran data yang melibatkan data peribadi anda dan berisiko menyebabkan kemudaratan, kami akan memberitahu pihak berkuasa yang berkaitan dalam tempoh 72 jam seperti yang dikehendaki di bawah PDPA, dan memaklumkan pengguna yang terjejas secepat mungkin.

9. Privasi Kanak-kanak

TambahTolak direka untuk kegunaan pemilik perniagaan dewasa dan tidak ditujukan kepada kanak-kanak bawah umur 18 tahun. Kami tidak sengaja mengumpul data peribadi daripada kanak-kanak.

10. Laman Web, Kuki & Analitik

Laman web tambahtolak.com menggunakan Google Analytics 4 (oleh Google) untuk memahami cara pelawat menggunakan laman web ini, contohnya halaman yang dilawati, dari mana pelawat datang (seperti carian Google atau pautan rakan kongsi), butang yang ditekan dan fail yang dimuat turun. Ini membantu kami menambah baik laman web dan mengukur keberkesanan pemasaran.

Anda boleh menyekat atau memadam kuki melalui tetapan pelayar anda, atau memasang Google Analytics Opt-out Browser Add-on. Laman web ini tetap boleh digunakan sepenuhnya tanpa kuki analitik.

11. Perubahan kepada Notis Ini

Kami mungkin mengemas kini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dipaparkan di halaman ini dengan tarikh kemas kini yang baharu. Penggunaan berterusan TambahTolak selepas perubahan bermakna anda menerima notis yang dikemas kini.

12. Hubungi Pegawai Perlindungan Data Kami

Sebarang pertanyaan mengenai notis privasi ini, atau untuk menggunakan hak anda terhadap data peribadi, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data (DPO) kami:

SyarikatGo Far Solutions (TambahTolak)
No. Pendaftaran SSM202603226157 (KT0620076-A)
Pegawai Perlindungan DataNor Fazlan Bin Nordin
E-melhi@tambahtolak.com